Maka apabila Rasullah menyuruh Sayaidina Bilal untuk melaungkan azan, Baginda akan bersabda: "Rehatkan kami dengan solat, wahai Bilal." (Riwayat Ahmad)
solat jika dibenar-benar difahami, dihayati dan dirasai, maka ia akan memberi kerehatan pada fizikal,mental dan jiwa. Begitulag solat. ia suatu kerehatan jiwa. Bayangkan dalam solat orang beriman akan dapat merayu, mengadu,merintih dan mengahrap kepada tuhan yang Maha Kuasa,maha Penyayang dan maha Mendengar.
solat ialah hubungan rasmi antara manusia dan ALLAH. Ianya menimbulkan rasa didengari, dibela, dibantu dan disayangi oleh Tuhan dalam jiwa hamba. jadi tidak syak lagi solat satu hiburan yang asasi. Bayangkan betapa tenang jiwa, fikiran dan emosi apabila hamba Allahyang kerdil ini dapat mengadu, meluahkan, memohon dan merayu kepadaNya. Bah kan ini hiburan kelas pertama.
sumber hiburan asasi orang beriman datang dari dalam bukan dari luar. tegasnya, orang beriman dan bertakwa berasa cukup dan puas dengan hiburan yang datang daripada hatinya sendiri. Hiburan dari dalam ini umpama air yang memenuhi telaga hati daripada perut bumi.
Inilah jenis air yang sangat asli,suci,jernih dan berkahsiat berbanding air daripada hati yang beriman dan mengingati Allah, ia lebih menghiburka, menenangkan dan membahagiakan.
(rujuka dari: PAHROL MOHAMAD JUOI)
No comments:
Post a Comment