Sunday, February 13, 2022

5 HIBURAN MUKMIN

 


1. Berhubung dengan Allah
    Hanya dengan solat hati orang beriman sudah terhibur. Sabda Rasulullah: "Solat penyejuk mataku." (Riwayat al-Nasa'i).

    Begitu juga denga mambaca Al-Quran, hati mereka berasa nikmat dan asyik. Hati para muutaqin terhibur dengan solat kerana mereka merasakan seolah-olah berbisik-bisik, bermesra, merayu rindu dengan Allah- Kekasih hati mereka. Dalam hidup mereka ini tidak akan kesunyian, bosan dan tertekan.

    Dalam solat tahajud, munajat jiwa mereka terhibur sehingga ada kalangan mereka yang berkata: "Sekiranya raja-raja merasai apa yang hati kami rasakan ketika bangun malam nescaya mereka berasa cemburu dan sanggup mengorbankan harta dan tahkta mereka memiliki rasa yang kami rasai ini."

2. Bergaul dengan manusia
    Apabila hati tenang hasil hubungan dengan Allah, maka ketenangan itu akan tersebar dan melebar apabila berhubung dengan manusia. Pancaran kasih sayang pada wajah, sikap dan tutr kata akan menghiburkan yang dirasai oleh para sahabat ketika mereka bersama Rasulullah.

    Mereka sangat cinta, rindu akan kata-kata, senyuman dan tingkah laku Baginda yang sangat  memikat. Mereka berasa sangat terhibur. Ini juga rasa yang akan dialami apabila orang beriman bergaul bersama mereka.

    Begitulah yang berlaku dalam kehidupan para rasul, nabi, para sahabat, waliullah dan orang soleh. Mereka sentiasa mengamalkan budaya memberi salam, senyum, maaf memaafkan, ziarah-menziarahi, saling memberi hadiah dan sebagainya.

3. Berinteraksi dengan alam ciptaan Allah
  Orang beriman akan terhibur hanya dengan melihat ciptaan Allah. Timbul perasaan terhibur takala melihat pantai yang putih bersih, bukit-bakau yang meghijau, laut yang membiru dan air  sungai mengalir jernih.

    Suara orang alam muzik terindah kerana keaslian dan kesucian tanpa dicemari oleh sebarang bunyi ciptaan manusia. Melihat, mendengar dan berfikir tentang alam sudah cukup bagi mereka untuk merasai keindahan Panciptanya. 
Rasulullah bersada: " Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka pada keindahan." (Riwayat Muslim).

    Alam ciptaan Allah yang dapat memberi ketenangan kepada hati orang beriman. bukan kerana warna keindahan dan keunikannya tetapi kerana alam ini sanga dekat dengan Allah. Alam ialah "mahakarya" Allah yang belum diusik oleh perbuatan manusia.   
 
Laut, gunung, bukit, hutan ialah alam "semula jadi" yang terbina secara sunnatullah. Tidak ada campur tangan manusia. Oleh itu, apabila manusia beriman dekat dengan sesuatu yang dekat dengan Allah (alam ini), maka mereka akan terhibur!

4. Melaksanakan perintah Allah
    Setiap perintah Allah ada kemanisannya. Solat, puasa, zakat, haji, berjihad, berkata yang baik, menutup aurat, masing-masing ada kesan pada hati apabila dilaksanakan. Begitu juga apabila kita menjalankan peranan yang dipikulkan oleh syariat kepada kita, jiwa kita akan terhibur.

    Apabila melaksanakan perintah Allah, orang beriman akan terhibur kerana itu dirasakan kehendak kekasihnya. kalu kekasih yang menyuruh, apalagi yang hendak disusahkan? bukan cinta itu buta? Orang yang tidak merasainya sahaja menganggap mereka menderita tetapi mereka sebenarnya dalam kebahagiaan. 

    Begitu gembira sekali hati Sayidina Aby Bakar apabila diajak berhijrah oleh Rasullah, padahal hijrah itu menyebabkan beliau terpaksa  meninggalkan keluarga , harta dan kampung halaman yang sangat dicintai. 

    Allah juga menetapkan agar setiap orang beriman menjalankan peranan masing-masing. Itu juga menghiburkan hati di samping menghiburkan orang lain.

    Menjadi isteri yang solehah misalnya, menjadi sumber hiburan untuk suami. menjadi anak yang soleh menjadi hiburan kepada kedua-dua ibu bapa.Begitu juga menjadi hiburan kepada kedua-dua ibu bapa. begitu juga menjadi pemerintah yang adil, menyebabkan rakyat terhibur tinggal dalam sebuah negara yang aman, makmur dan mendapat keampunan Allah.

5. Menerima takdir dan ujian hidup daripada Allah
    Orang mukmin akan berasa terhibur dengan segala ketentuan yang dicorakkan oleh Allah di dalam hidupnya. mereka sentiasa yakin dengan firman Allah ini: "Celupan Allah, siapakah yang terbaik celupannya selain celupan Allah? (Surah al-baqarah 2:138)
Ujian dalam kehidupan dirasakan umpama "jentikan kasih" daripada Tuhan untuk mengingatkan. Hati mereka sentiasa berbisik, "allah sayang akau, kerana itulah Allah mengujiku."
    Hatinya akan sentiasa bersangka baik dengan Allah. ini membuatnya tidak pernah resah, bersangka buruk dan pesimis dengan hidup. Diberi nikmat rasa terhibur, mereka bersyukur. Diuji dengan kesusahan, jiwa tenag dan bersabar, apabila sakit, mereka berasa diberi kampunan atas dosa-dosa. oleh itu hanya badan sakir, hati teap sihat dan kuat.
    Itulah sifat orang Mukmin, Mereka terhibur ketika berhubung denga Allah, berkomunikasi sesama manusia dan berinteraksi dengan alam semesta. Itulah "muzik" dan "nyanyian" yang sentiasa beralun dalam hati.
Itulah hiburan yang mampu mengusir segala resah dan gelisah. apabila hati sudah tenang, diri tidak akan melihat sesuatu melainkan segala-galanya akan menghiburkan!


No comments:

Post a Comment