BAHAGIAN-2
7 FOKUS KEPADA "SAYA" BUKAN "KAMU"
Banyakkan penggunaan perkataan "saya" dan kurangkan perkataan "kamu". Jika terlalumemfokuskan kepadanya, dia akan menjadi defensif. Jika ini berlaku, sukarlah untuk mencapai kata persetujuan.
Contoh, lebih baik anda berkata "saya berasa kecewa", daripada berkata, "Kamu membuatkan saya rasa kecewa".
8 JADI PENDENGAR YANG BAIK
Jangan sesekali mencelah dan membela diri semasa dia bercakap. Jika anda rasa tidak bersetuju dengan sesuat, segeralah mencari perkara-perkara yang anda boleh setuju.
Mencelah & menyampuk hanay menggambarkan anda seorang yang tidak memahami perasaan orang lain & terburu-buru. Sebaliknya, tunjukkan empati anda.
9 AL-QURAN DAN SUNNAH SEBAGAI "HAKIM"
Sebagai Muslim, sekiranya berlaku perselisihan, makan Allah dan Rasul-Nya ikutan terbaik. Jadikanlah Al-Quran dan sunnah sebagai kayu ukur pada perkara yang dipertikaikan, insya-Allah kita akan menemui jalan yang selamat.
Allah mengingatkan: "sekiranya kamu berselisih pendapat terhadap sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan rasul-Nya(Al-quran dan sunnah) (Surah al-Nisa'4:59)
10 PENYELESAIAN BERSAMA
Setelah memahami perkara sebenar yang berlaku, bersepakatlah dalam mencari penyelesaian. Berilah peluang kepadanya untuk memberikan idea dan pendapat.
Penyelesaian yang disepakati bersama memudahkan perlaksanaan dan kesannya lebih baik.
Setelah itu, buat rumusan kepada pertemuan dan persetujuan yang telah diperoleh bersama.
11 ASERTIF BUKAN RESPONSIF
Komunikasi aserif berguna untuk mengelakkan daripada tercetusnya konflik yang lebih serius, Berbanding komunikasi responsif, komunikasi asertif mementingkan luahan perasaan & emosi sebelum anda ditanya tentangnya.
Dalam erti kata lain, setiap orang bertanggungjawab menceritakan perasaanya tanpa diminta untuk berbuat demikian. Komunikasi aserif boleh mengelakkan situasi negatif seperti memendam perasaan, hasad dengki, rasa tersisih, tidak puas hati dan salah faham.
No comments:
Post a Comment