BAHAGIAN-1
PENGENALAN:
Setiap hari kita bekerja dengan orang sekelililng, keluarga, jiran, rakan sekerja, kariah masjid dan ramai lagi. memang mengembirakan dan memberu "warna" dalam kehidupan kita.
Namun ada kalanya konflik berlaku hingga mengusutkan fikiran, emosi terganggu dan tugasan terbantut.
Jika berlaku kepada anda, carilah jalan penyelesaian secepat mungkin. Marilah sama -sama kita berkongsi beberapa langkah yang boleh diambil untuk menguruskan konflik. Menurut kajian yang dibuat oleh Ahmad Fadzli Yusof (Master Trainer Global Genius Consultant Sdn Bhd) terdapat 11 kaedah bijak untuk menguruskan konflik.
1 BERTINDAK SEGERA
Sebaik sahaja anda menyedari ada konflik yang mesti ditangani, maka bertindaklah segera. Jangan bertangguh sehingga ia "membarah dan membusung".
Aturkan pertemuan untuk mencari penyelesaian. Pastikan pertemuan itu secara rahsia dan sulit sekiranya melibatkan isu sensitif dan berisiko.
2 MESEJ POSITIF
Bahasa & gerak badan mesti positif. Gambarkan kepadanya anda benar-benar mahu menyelesaikan masalah yang berlaku untuk kebaikan semua pihak. Tuturkan perkataan yang baik & positif untuk menyelesaikan masalah.
3 ASAS KEMAHIRAN
Ia termasuk kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir, kemahiran berunding, kemahiran interpersonal dan kemahiran diplomasi. Anda boleh mendapatnya dengan membaca buku-buku yang baik atau menyertai seminar. Jika anda berasa sukar untuk "memilikinya", dapatkanlah nasihat daripada pakar & orang berpengalaman.
4 PEMILIHAN AYAT
Elakkan membuat tuduhan atau menyalahkan orang lain. Fokuskan kepada isu, bukan individu. Pemilihan perkataan sangat penting.
Contohnya, anda sebagai ketua berkata: "saya berasa kesal tidak menghantar kertas kerja itu pada waktu yang ditetapkan".
5 SPESIFIK TERPERINCI
Nyatakan dengan jelas & terperinci punca anda berasa tidak senang. pastikan ia objektif & jangan menokoktambah mengikut selera emosi.
Contohnya, anda berkata , "Saya kecewa keran kerta kerja itu hanay siap 4 hari selepas tarikh."
Selain itu, jangan sesekali"mempakejkan" masalah dalam satu pertemuan. Selesaikan satu persatu konflik jika ada. Jika tidak, perbincangan tidak akan selesai dengan "perang ungkit-mengunkit" anatar satu sama lain.
6 LAWAN API 🔥 DENGAN AIR 🌊
Ada kemungkinan dia berkelakuan kurang ajar dengan tindakan yang menyakitkan hati. Ingat api kemarahan hanya akan memarakkan lagi konflik bukan menyejukkanya. Jangan lawan api dengan minyak, nanti ada kesusahan. kawal ia dengan kedinginan "air" yang menyejukkan.
No comments:
Post a Comment