DIDIK BUKAN HERDIK
Jalan Keluar
Merujuk kepada kajian Dato' dr Mohd Fadzilah Kamsah (Presiden & operunding Utama di DMFK Inspirations) terdapat 8 ftindakan dan pendekatan yang wajar diambil oleh ibubapa:
1. Berikan Pendidikan Agama Sejak Kecil
Buang paradigma orang beranggapan bahawa pendidikan agama menjadikan seorang anak mundur,statik,beku, dan tidak ada masa depan yang cerah.
2. Halang daripada Budaya Barat
Budaya barat seperti fahaman hedonisme, kepercayaan tidak bertuhan, fahaman feminisme dan pergaulan bebas hendaklah dihalang daripada masuk ke dalam rumah malah ke dalam kelompok masyarakat kita. Dalam banyak hal, cuba wujudkan budaya islam dalam kehidupan seharian yang sekali gus akan menolak budaya barat daripada diamalkan.
3. Beri Kasih Sayang
Anak-anak hendaklah dipupuk dengan suasana ban belaian kasih sayang serta mengukuhkankonsep kekeluargaan sehingga anak-anak merasai diri mereka dilindungi dan dikasihi sepenuhnya.
4. Berlemah Lembut dalam Perbuatan & Perkataan
Pepatah Cina menyatakan:"Air yang lembut boleh menghakis batu yang keras." Pepatah melayu pula menyatakan, "Tangan yang menyaun buaian boleh menggoncang dunia."
5. Berkawan dengan Anak
Sebelum usia baligh, anak - anak harus menerima segala arahan & didikan daripada ibu bapa secara mutlak seperti mencetak selembar kain putih. selepas baligh, ibubapa harus bersahabat dengan anak-anak kerana mereka sudah meningkat dewasa. Perhubungan mesti dalam bentuk dua hala; maksudnya ibu bapa hendaklah bermuzakarah dan bertukar pendapat dengan anak-anak dalam banyak perkara.
6. Ibubapa Menunjukkan Contoh yang Baik
Jika ibu bapa mahu menjadi teladan kepada anak-anak, mereka harus menunjukkan contoh yang baik & cemerlang dalam kehidupan harian. jangan pula ibarat kata pepatah, seperti ketam mengajar anak berjalan betul. Anak-anak mudah meniru dan mengamalkan perlakuan ibu bapa daripada menelan bulat-bulat leteran atau apa yang dikatakan oleh ibubapa.
7. Jangan Disogokkan Kemewahan
Kemewahan marerial bukanlah segala-galanya, malah kemewahan boleh membawa kepada kelalaian, penyelewengan & sikap tidak bersyukur kepada Allah. Pada masa - masa tertentu wujud suasana kesusahan pada diri kanak-kanak supaya mereka terbiasa dengan situasi tersebut
8. Jangan Biarkan Kesusahan Melampau
Kemiskinan boleh menjerumuskan seseorang kepada kekufuran. Ibu Bapa harus meningkatkan usaha dan ikhtiar untuk menambah pendapatan dengan memberi kemudahan material kepada anak-anak. Cukuplah ibubapa susah pada zaman mudanya. jangan peristiwa lampau itu berulang pula kepada generasi akan datang. Ibubapa harus berfikir sejenak akan nasib generasi kita pada masa akan datang. usia kita sudah sampai ke penghujung membawa ke senja. Kepada generasi muda hari inilah yang kita gantungkan untuk mencorakkan warna masyarakat dunia kan datang.
No comments:
Post a Comment