DIDIK BUKAN HERDIK
Terkadang kita bertanya kepada diri sendiri, apa yang menyebabkan anak anak biadab sedangkan kita telah membesarkan mereka dengan jerih dan susah payah. Persoalan utamanya, apa yang telah kita lakukan hingga menyebabkan mereka menjadi biadab dan tidak mendengar kata.
Merujuk kepada kajian Dato' dr Mohd Fadzilah Kamsah (Presiden & operunding Utama di DMFK Inspirations) terdapat 8 faktor yang menjadikan mereka tidak bersopan, biadab dan tidak menghormati ibubapa:
1. Kurang didikan agama
Pendidikan agama membentuk abad & akhlak. anak-anak yang tidak terdidik dengan agama akan mencari sumber lain untuk menjdai panduan untuk bermasyarakat.
2. Pengaruh Kawan
Anak-anak lebih mudah terpengaruh dengan akhlak kawan-kawan kerana mereka berhubung menggunakan bahasa yang sama. Ciri-ciri negatif dan sifatmazmumah lebih mudah tersebar kerana ia sesuai dengan nafsu jahat manusia.
3. Pemberontakan Jiwa
Apabila hajat atau kehendak anak-anak tidak dapat dipenuhi disebabkan pelbagai faktor, mereka mudah memberontak, merajuk atau berang. Luahan perasaan mereka terzahir dengan kelakuan atau kata - kata kurang sopan.
4. Benci
Perasaan benci yang melampau terhadap seseorang dalam sesuatu perkara menyebabkan mereka bertindak "repulsive" (sifat menolak) yang boleh dilihat sebagai satu sifat tindakan biadab.
5. Sombong
Sikap sombong dalam kalangan anak-anak sering disebabkan oleh pengaruh dan cara pendidikan ketika kecil terutama jika mereka daripada golongan berada. mereka sering memandang rendah terhadap kemampuan dan keberadaan golongan lain yang kurang bernasib baik.
6. Kurang Pergaulan
Anak-anak yang kurang bergaul dengan masyarakat menyebabkan mereka tidak mampu untuk berkomunikasi dengan berkesan. ada yang berasa rendah diri dan kurang berkeyakinan juga kadang-kadang dilihat seperti kurang adab atau kurang sopan
7. Pemarah
Anak yang memiliki sifat pemarah secara semula jadi sering hilang kawalan terhadap emosinya dan tidak berupaya untuk mengawal perasaan terutama ketika diprovok atau dibuli. apabila bertindak balas, namapak seperti mereka seorang anak yang biadab.
8. Dimaki dan Dihina
Anak-anak mempunyai jiwa yang masih suci dan bersih. mereka tidak boleh dicaci atau dihina secara melampau atau berlebihan. apabila sampai pada satu peringkat, mereka akan melawan seperti seekor anjing yang dikejar, dan apabila tersedak, dia akan melawan semula. Tindakan melawan balik itu dianggap biadab.
No comments:
Post a Comment