Wednesday, January 26, 2022

Doa Syukur Nikmat



 

Doa Ketika Kesulitan



 

Murah Rezeki Ganda Rezeki

 



Harta nikmat yang dipinjamkan Allah untuk kita manfaatkan. Segala -galanya berasal daripa Allah dan akan dikembalikan kepada-Nya.

Kita bertanggungjawab untuk memelihara, melindungi dan berkongsi dengan yang berhak. Allah menjelaskan:

"Orang yang menafkahkan (hartanya) baik pada waktu lapang mahupun sempit dan orang yang menahan marah & memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang yang bertaubat kebajikan."

(Surah Ali 'Imran 3: 134)

Senangnya Sedekah

Islam menggalakkan budaya bermurah hati hingga termaktub dalam salah satu daripada 5 rukun islam iaitu zakat.

Selain itu sedekah juga menunjukkan kemurahan hati. ramai yang menganggap sedekah biasanya dalam bentuk material seperti wang, harta dan kebendaan.

Bukan hanya itu! Sedekah boleh dalam bentuk:

* Sebentuk senyuman

*Berkhidmat untuk orang lain

*Mengalih objek daripada jalanan

*Memberi panduan atau nasihat

Kemurahan hati dilihat sebagai satu pelaburan yang bijak pada masa hadapan. Kemurahan hati boleh membuka jalan ke syurga kerana dengan setiap perbuatan yang mulia mendatangkan pahala yang besar dari Allah.

Kemurahan hati bukan memberikan sesuatu yang tidak lagi berguna & tidak diingini lagi tetapi dalam memberi sesuatu yang kita suka dan sayang.

Allah berfirman"

"Wahai orang yang beriman! Belanjakan sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan Janglah kamu sengaja memilih yang buruk dariapdanya (lali kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengmbil yang buruk itu (kalau berikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya."

( Surah al-Baqarah 2: 267)

Maka sebaik-baik pemberian ialah barang yang kita masih sayangi.

Memberi untuk Menerima

Tuhan menerangkan dalam Al-quran bahawa pemberian yang disertai sifat murah hati dengan niat kerana Allah, Dia akan mengantikannya. Allah mengetahui apa-apayang ada dalam hati manusia.

Yakinlah sifat  urah hati akan terbalas.

Allah memberi jaminan: 

"Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki dan menyempitkan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Apa-apa mengantikanya dan Dialah sebail-baik Pemberi Rezeki,"

(Surah Saba'34:39)

Sifat kedekut tidak boleh ada dalam sanibari umat islam kerana Allah telah menjamin bahawa harta kita tidak akan habis atau luak jika berikan kepada orang lain.

Malahan Allah akan menambah keberkatan & pemberiankita akan diganti & tambah.

kita akan bahagia apabila mampu memberi kebahagian kepada orang lain. Kita akan menerima pertolongan selepas kita menolong orang lain. Kita akan bertambah ilmu dengan berkongsi ilmu dengan orang lain. inilah yang dinamakan konsep "memberi dan menerima".

(rujukan dari ulfah(Hj Zainuddin Ali-Jurulatih Profesional NLP)👍👍👍👍👍👍👍👍👍



PROGRAM ZIARAH DAN PENGHANTARAN ALAT BANTU PULIH


 

PROGRAM ZIARAH DAN PENGHANTARAN ALAT BANTU PULIH


 

PROGRAM ZIARAH DAN PENGHANTARAN ALAT BANTU PULIH

 


Thursday, January 20, 2022

Kelebihan Gotong Royong




 

Didik Bukan Herdik...Siri.2


DIDIK BUKAN HERDIK


Jalan Keluar
Merujuk kepada kajian Dato' dr Mohd Fadzilah Kamsah (Presiden & operunding Utama di DMFK Inspirations) terdapat 8 ftindakan dan pendekatan yang wajar diambil oleh ibubapa:

1. Berikan Pendidikan Agama Sejak Kecil

Buang paradigma orang beranggapan bahawa pendidikan agama menjadikan seorang anak mundur,statik,beku, dan tidak ada masa depan yang cerah.

2. Halang daripada Budaya Barat

Budaya barat seperti fahaman hedonisme, kepercayaan tidak bertuhan, fahaman feminisme dan pergaulan bebas hendaklah dihalang daripada masuk ke dalam rumah malah ke dalam kelompok masyarakat kita. Dalam banyak hal, cuba wujudkan budaya islam dalam kehidupan seharian yang sekali gus akan menolak budaya barat daripada diamalkan.

3. Beri Kasih Sayang

Anak-anak hendaklah dipupuk dengan suasana ban belaian kasih sayang serta mengukuhkankonsep kekeluargaan sehingga anak-anak merasai diri mereka dilindungi dan dikasihi sepenuhnya.

4. Berlemah Lembut dalam Perbuatan & Perkataan

Pepatah Cina menyatakan:"Air yang lembut boleh menghakis batu yang keras." Pepatah melayu pula menyatakan, "Tangan yang menyaun buaian boleh menggoncang dunia."

5. Berkawan dengan Anak

Sebelum usia baligh, anak - anak harus menerima segala arahan & didikan daripada ibu bapa secara mutlak seperti mencetak selembar kain putih. selepas baligh, ibubapa harus bersahabat dengan anak-anak kerana mereka sudah meningkat dewasa. Perhubungan mesti dalam bentuk dua hala; maksudnya ibu bapa hendaklah bermuzakarah dan bertukar pendapat dengan anak-anak dalam banyak perkara.

6. Ibubapa Menunjukkan Contoh yang Baik

Jika ibu bapa mahu menjadi teladan kepada anak-anak, mereka harus menunjukkan contoh yang baik & cemerlang dalam kehidupan harian. jangan pula ibarat kata pepatah, seperti ketam mengajar anak berjalan betul. Anak-anak mudah meniru dan mengamalkan perlakuan ibu bapa daripada menelan bulat-bulat leteran atau apa yang dikatakan oleh ibubapa.

7. Jangan Disogokkan Kemewahan

Kemewahan marerial bukanlah segala-galanya, malah kemewahan boleh membawa kepada kelalaian, penyelewengan & sikap tidak bersyukur kepada Allah. Pada masa - masa tertentu wujud suasana kesusahan pada diri kanak-kanak supaya mereka terbiasa dengan situasi tersebut

8. Jangan Biarkan Kesusahan Melampau

Kemiskinan boleh menjerumuskan seseorang kepada kekufuran. Ibu Bapa harus meningkatkan usaha dan ikhtiar untuk menambah pendapatan dengan memberi kemudahan material kepada anak-anak. Cukuplah ibubapa susah pada zaman mudanya. jangan peristiwa lampau itu berulang pula kepada generasi akan datang. Ibubapa harus berfikir sejenak akan nasib generasi kita pada masa akan datang. usia kita sudah sampai ke penghujung membawa ke senja. Kepada generasi muda hari inilah yang kita gantungkan untuk mencorakkan warna masyarakat dunia kan datang.

Didik Bukan Herdik...Siri.1

     DIDIK BUKAN HERDIK



Terkadang kita bertanya kepada diri sendiri, apa yang menyebabkan anak anak biadab sedangkan kita telah membesarkan mereka dengan jerih dan susah payah. Persoalan utamanya, apa yang telah kita lakukan hingga menyebabkan mereka menjadi biadab dan tidak mendengar kata.

Merujuk kepada kajian Dato' dr Mohd Fadzilah Kamsah (Presiden & operunding Utama di DMFK Inspirations) terdapat 8 faktor yang menjadikan mereka tidak bersopan, biadab dan tidak menghormati ibubapa:

1. Kurang didikan agama

Pendidikan agama membentuk abad & akhlak. anak-anak yang tidak terdidik dengan agama akan mencari sumber lain untuk menjdai panduan untuk bermasyarakat.

2. Pengaruh Kawan

Anak-anak lebih mudah terpengaruh dengan akhlak kawan-kawan kerana mereka berhubung menggunakan bahasa yang sama. Ciri-ciri negatif dan sifatmazmumah lebih mudah tersebar kerana ia sesuai dengan nafsu jahat manusia.

3. Pemberontakan Jiwa

Apabila hajat atau kehendak anak-anak tidak dapat dipenuhi disebabkan pelbagai faktor, mereka mudah memberontak, merajuk atau berang. Luahan perasaan mereka terzahir dengan kelakuan atau kata - kata kurang sopan.

4. Benci

Perasaan benci yang melampau terhadap seseorang dalam sesuatu perkara menyebabkan mereka bertindak "repulsive" (sifat menolak) yang boleh dilihat sebagai satu sifat tindakan biadab.

5. Sombong

Sikap sombong dalam kalangan anak-anak sering disebabkan oleh pengaruh dan cara pendidikan ketika kecil terutama jika mereka daripada golongan berada. mereka sering memandang rendah terhadap kemampuan dan keberadaan golongan lain yang kurang bernasib baik.

6. Kurang Pergaulan

Anak-anak yang kurang bergaul dengan masyarakat menyebabkan mereka tidak mampu untuk berkomunikasi dengan berkesan. ada yang berasa rendah diri dan kurang berkeyakinan juga kadang-kadang dilihat seperti kurang adab atau kurang sopan

7. Pemarah

Anak yang memiliki sifat pemarah secara semula jadi sering hilang kawalan terhadap emosinya dan tidak berupaya untuk mengawal perasaan terutama ketika diprovok atau dibuli. apabila bertindak balas, namapak seperti mereka seorang anak yang biadab.

8. Dimaki dan Dihina

Anak-anak mempunyai jiwa yang masih suci dan bersih. mereka tidak boleh dicaci atau dihina secara melampau atau berlebihan. apabila sampai pada satu peringkat, mereka akan melawan seperti seekor anjing yang dikejar, dan apabila tersedak, dia akan melawan semula. Tindakan melawan balik itu dianggap biadab.

Wednesday, January 19, 2022

Solat Rawatib



 

Amalan Ziarah




 

JENIS JENIS KERUSI RODA

 


 

 

1. Standard Manual Wheelchairs

Kerusi roda jenis ini kebiasaannya digunakan di hospital atau ditempat-tempat awam yang lain. Tujuan penggunaannya adakalanya bersifat sementara di mana penggunanya masih berpotensi untuk berjalan atau bergerak. Namun pergerakan fizikal tersebut dalam keadaan yang lemah. Dari segi saiz, ianya agak besar. Bagi pengguna yang bergantung sepenuhnya kepada penggunaan kerusi roda untuk aktiviti harian, tidak digalakkan menggunakan kerusi roda jenis ini kerana kerusi ini tidak menyokong posteur badan pesakit & agak berat untuk dikendalikan secara sendirian. 

2. Electric/Motorized Wheelchair

Kerusi roda jenis ini hadir dalam bentuk bateri yang dicas ataupun bersifat detachbale yang boleh disambung kepada kerusi roda biasa. Kerusi roda ini kebiasaannya digunakan bagi mereka yang tidak mampu untuk menggerakkan anggota kaki serta mempunyai anggota tangan yang lemah. Ia juga sesuai digunakan untuk aktiviti di dalam & di luar rumah. Kos kerusi roda ini lebih tinggi berbanding kerusi roda di atas. Bagi yang menggunakan kerusi roda jenis ini, ia perlu peka terhadap jarak perjalanannya kerana ia bergantung sepenuhnya kepada kuasa bateri/elektrik bagi setiap perjalanan kerusi roda tersebut. 

3. Transport/Travel Wheelchairs

Bagi kerusi roda transport/travel ia adalah jenis yang mudah untuk diuruskan dan fizikalnya yang agak ringan. Kebiasaanya Kerusi roda jenis ini digunakan untuk aktiviti di luar rumah yang bersifat sementara. Dari segi fizikalnya roda dihadapan dan roda dibelakang tidaklah besar dan ia memerlukan bantuan orang lain bagi menggerakkannya. Dari segi berat, ada yang hanya seberat 6kg sahaja. 

4. Light and Ultra Lightweight Wheelchairs

Bagi yang bergantung sepenuhnya penggunaan kerusi roda untuk ADL (Activiti Daily Living), kerusi roda jenis ringan atau ultra ringan adalah amat sesuai dipilih dan digunakan dalam kehidupan seharian. Kerusi ini mudah digunakan & agak ringan untuk dikendalikan secara sendirian tanpa bantuan orang lain. Ada juga kerusi roda jenis ini yang ditempah khas (custom-made) mengikut postur badan disebabkan kegunaannya yang bersifat jangka panjang. Ada yang boleh dilipat dan ada juga yang berbentuk rigid (tidak boleh dilipat). Pengguna memilih dari segi kelesesaannya dalam pengunaan harian samaada untuk bekerja, riadah dan aktiviti harian yang lain. Dari segi harga pula, ia agak mahal terutamanya bagi jenis ultra lightweight. Ada sesetengah jenama bagi kerusi roda ini mencecah puluhan ribu ringgit disebabkan reka bentuk dan kualiti pembuatannya yang boleh digunakan untuk jangka masa panjang.
 

5. Sport Wheelchairs

Kerusi roda sukan digunakan khas untuk aktiviti sukan-sukan berkerusi roda bagi memudahkan pergerakan dalam sukan yang disertai. Kerusi roda jenis ini hampir sama dari segi beratnya dengan jenis “ultra lighwieght wheelchair” kerana pengguna memerlukan pergerakan pantas dalam sebarang sukan yang disertai. Contoh kerusi roda sukan yang direka khas adalah seperti Wheelchair tennis, Wheelchair Badminton, Wheelchair Basketball dan lain-lain lagi. Harga bagi kerusi roda ini juga boleh mencecah puluhan ribu ringgit disebabkan kualiti dan bahan pembuatannya. 

6. Pediatric Wheelchairs

Pediatric Wheelchair biasanya bersaiz kecil yang digunakan untuk anak-anak atau mereka yang bertubuh kecil. Ini kerana kerusi ini agak kecil saiznya yg sesuai untuk kanak-kanak. Pentingnya Pediatric wheelchair bagi menyokong postur bentuk badan untuk jangka masa yang panjang. Kebiasaanya kanak-kanak Celebral Palsy, Spinal befida dan lain-lain menggunakan ketika mereka masih kanak-kanak.

7. Tilt and Recliner Wheelchairs

Tilt atau recliner wheelchair adalah jenis kerusi roda yang boleh diubah suai pada “back rest” sehingga membolehkan penggunanya baring ketika berada di atas kerusi roda. Kebiasaannya, pesakit stroke atau tetraplegia yang berada pada tahap yang tinggi menggunakan kerusi roda jenis ini. Ia memerlukan bantuan orang lain bagi menggerakkan kerusi roda ini. 

8. Standing Wheelchair

Kerusi roda “berdiri” sedikit berbeza daripada kerusi roda yg lain. Ia mempunyai dua fungsi kegunaan yang membolehkan pengguna berdiri ketika berada di atas kerusi roda ini dan boleh duduk seperti biasa. Jika pekerjaan anda memerlukan anda utk berdiri, anda digalakkan memiliki jenis ini. 

9. Self Propelled Shower and Commode Wheelchair

Kerusi roda jenis commode merupakan jenis kerusi yang digunakan oleh seseorang untuk ke tandas atau bilik mandi. Ia digunakan bertujuan untuk membuang air besar ataupun untuk membersihkan diri di atas kerusi roda tersebut. Kebanyakan kerusi roda commode direka bentuk dengan mempunyai baldi dibawahnya dan tempat duduk kerusi roda mempunyai sedikit bulatan yang membolehkan seseorang mengeluarkan najisnya terus ke baldi yang berada di bawah kerusi.

Solat Hari raya Aidil Fitri


 

Doa Berbuka Puasa dan Selesai Iftar


 

Panduan Solat Hari raya