GAYA HIDUP SIHAT
Apa itu GAYA HIDUP SIHAT?
Amalan gaya hidup sihat merupakan satu siri aktiviti atau program yang mesti dilakukan secara konsisten dan berterusan dan amat baik dari sudut kesihatan
SIHAT Menurut Perspektif AGAMA
Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.” (Hadis Riwayat Muslim)
Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud “Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman).” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
PEMAKANAN YANG SEIMBANG
- Makanan halal dan baik (halalan tayyiban)
- Makanan yang seimbang dalam diet harian dan menjadikannya budaya hidup setiap hari.
- Makanan yang tidak seimbang akan menyebabkan seseorang itu mudah mendapat penyakit bahaya seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit kencing manis.
- Meminum air secukupnya.
- Ikuti sunnah Nabi saw – sederhana
Puasa pada bahasa iaitu menahan dan pada istilahnya pula menahan daripada makan, minum dan jimak daripada subuh hingga ke maghrib beserta dengan niat. (Qamus Al-Fiqhi oleh Sa’di Abu Jaib Hal 218).
- Mengurangkan berat badan
- Kurangkan gula dalam darah
- Kurangkan kolestrol LDL (low density lipo-protein)
- Kurangkan tekanan darah
- Mendisiplinkan diri untuk berhenti merokok
- Merehatkan sistem penghadaman
- Meningkatkan ingatan
- Mengurangkan penyakit perut
- Membuang segala toksik
BERSENAM
Aktiviti senaman membolehkan darah mengalir dengan lancar dan jantung dapat berfungsi dengan baik.
Peluh yang keluar ketika bersenam dapat membuang sisa toksik dalam badan seseorang.
Bersenam seperti menari (gaya pengambilan nafas)
Berenang (paru-paru), berbasikal (imbangan badan) dan berlari (tulang)
No comments:
Post a Comment