Tuesday, February 15, 2022

7 Peperangan Semasa Hayat Baginda Rasulullah S.A.W. Perjuangan Menegakkan Yang Hak Dan Menghapuskan Yang Batil

 

PERANG MUKTAH


Perang Muktah ialah peperangan permulaan dan jalan pembuka untuk menakluk negeri-negeri Nasrani dan peperangan ini adalah peperangan besar yang tercatat dalam sejarah Islam. Rasulullah s.a.w. mengirimkan surat melalui utusannya Harith bin Umair r.a.. Tatkala utusan baginda sampai ke Muktah dia dihalang dan dibunuh. Lalu Rasulullah s.a.w. menghantar pasukan tentera Islam untuk menuntut bela kematian Harith bin Umair r.a.

Peristiwa ini berlaku pada tanggal 5 Jamadil Awal tahun 5 Hijrah. Baginda menghantar seramai 3000 tentera, tentera paling ramai yang dihantar Baginda untuk berdepan dengan 100 000 orang tentera Romawi dan mendapat mereka bantuan tentera seramai 100 000 orang lagi. Jadi keseluruhannya berjumlah 200 000 orang.

Walaupun bilangan tentera Romawi berjumlah sangat besar, tentera Islam berjaya mencipta kemenangan yang dipimpin oleh Khalid Al-Walid setelah 3 orang panglima perang yang dilantik Rasulullah s.a.w. gugur syahid iaitu Zaid bin Haritsah r.a, Jaafar bin Abi Talib r.a. dan Abdullah bin Rawahah r.a. bilangan tentera Islam yang syahid berjumlah 12 orang sahaja.

No comments:

Post a Comment