Monday, February 14, 2022

7 Peperangan Semasa Hayat Baginda Rasulullah S.A.W. Perjuangan Menegakkan Yang Hak Dan Menghapuskan Yang Batil

 


PEPERANGAN BADAR


Perang Badar adalah peperangan pertama ummat Islam menentang kaum musyrikin. Ia peristiwa yang sangat penting dalam penyebaran dakwah Islam sekaligus membuktikan kekuatan dan semangat juang yang tinggi di kalangan tentera Islam. Walaupun kekuatan tentera Islam sangat kecil berbanding kekuatan tentera Musyrikin. Bilangan tentera Islam kira-kira 313 orang dan tentera Musyrikin berjumlah 1000 orang. Tentera Islam berjaya menkucar-kacirkan barisan tentera pihak musuh dan meraih kemenangan. Peristiwa bersejarah ini berlaku pada tahun 624 Masihi bersamaan tahun ke 2 Hijrah iaitu pada 17 Mac bersamaan 17 Ramadhan. Apa yang menarik, peperangan pertama ini berlaku pada bulan Ramadhan dan tahun pertama pensyariatan puasa kepada ummat Islam.

 

“Ingatlah Wahai Muhammad ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): “Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan” (Surah Ali Imran, ayat 124)

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Allah s.w.t. telah mengirimkan bala tentera di kalangan para malaikat untuk membantu tentera muslimin berjuang di medan perang. Menakjubkan!

No comments:

Post a Comment