Monday, May 30, 2022
7 𝗔𝗠𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧
بســـــم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
Dari Salman Al-Farisi رضي الله عنه mengatakan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya,berminyak dengan minyak,atau memakaikan minyak wangi dari rumahnya,kemudian keluar {menuju masjid}, dan dia tidak memisahkan dua orang {yang duduk berdampingan},kemudian dia hendak mendirikan solat yang sesuai dengan tuntutannya,lalu diam mendengarkan ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya..” {HR. Bukhari}
Jadi antara 7️⃣ perkara yang perlu dibuat ialah:
1️⃣ Kena mandi {waktu mandi bermula setelah masuk waktu Subuh}..
2️⃣ Bersuci {berwudhuk}..
3️⃣ Menggunakan minyak wangi pada pakaian/ krim untuk badan..
4️⃣ Keluar menuju ke masjid..
5️⃣ Jangan pisahkan dua orang yang telah duduk di masjid - yakni dengan melangkah orang atau duduk antara 2 orang tersebut,pergi cari tempat yang masih kosong..
6️⃣ Melakukan solat sunat {tiada halangan berapa banyak} atau isi masa menunggu dengan apa-apa ibadah yang baik contohnya baca surah Kahfi..Kalau tak pandai baca pun, guna earphone dan dengar - orang yang dengar sama dengan orang yang baca..Jangan rugikan diri dengan main game, melayan handphone yang tiada manfaatnya..
7️⃣ Diam ketika khutbah Jumaat berlangsung - jangan main game,atau handphone!..✍
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Allah Membuka Aib Kepada Pembuka Aib
عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا مَعْشَرَ مَنْ آمَنَ بِلِسَانِهِ وَلَمْ يَدْخُلْ الْإِيمَانُ قَلْبَهُ لَا تَغْتَابُوا الْمُسْلِمِينَ وَلَا تَتَّبِعُوا عَوْرَاتِهِمْ فَإِنَّهُ مَنْ اتَّبَعَ عَوْرَاتِهِمْ يَتَّبِعُ اللَّهُ عَوْرَتَهُ وَمَنْ يَتَّبِعْ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ فِي بَيْتِهِ
Daripada Abu Barzah Al Aslami ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya namun keimanannya belum masuk ke dalam hatinya, janganlah kalian mengumpat seorang muslim dan jangan pula mencari-cari kesalahannya. Sebab siapa saja yang mencari-cari kesalahan orang lain, maka Allah akan mencari-cari kesalahannya. Maka siapa saja yang Allah telah mencari-cari kesalahannya, Allah tetap akan menampakkan kesalahannya meskipun ia ada di dalam rumahnya." (Sunan Abu Daud No: 4236) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1.Orang yang beriman wajib memelihara lisannya dari mengumpat dan mencari kelemahan orang lain, sama ada sesuatu yang dituturkan mahupun yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan.
2.Islam adalah agama rahmah yang mengajar umatnya untuk tidak mengumpat dan membuka aib orang lain.
3.Sesiapa yang menutup aib saudaranya sesama muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Rasulullah bersabda:
مَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
"Barang siapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aib orang tersebut di dunia dan akhirat." (Sunan Ibnu Majah)
4.Barangsiapa yang mencari-cari kesalahan saudara muslimnya, maka Allah akan membuka kesalahan dan aibnya walaupun yang ada di dalam rumahnya.
5.Orang yang gemar membicarakan aib orang lain, sebenarnya tanpa ia sedari ia sedang memperlihatkan jati dirinya yang asli. Semakin banyak aib yang ia sebarkan, maka semakin jelas keburukan diri si penyebar itu. Allah mengingatkan dengan nada keras kepada golongan ini:
إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ ٱلۡفَٰحِشَةُ فِي ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ ١٩
Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). (An-Nur: 19)
Kepada pencela dan pembuka aib, ingatlah azab Allah di dunia dan akhirat.
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Muslim Yang Menyelamatkan
عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ قَالَ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
Daripada Abu Musa RA berkata: 'Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama?" Rasulullah SAW menjawab: "Siapa yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya". (Sahih Bukhari No: 10) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.Islam mengajar umatnya agar sentiasa memiliki akhlak yang mulia.
2.Menjaga lisan daripada menuturkan sesuatu yang buruk terhadap orang Islam lain seperti mengumpat, menghina, mencela, mengadu domba dan lain-lain adalah dituntut.
3.Memelihara tangan dari melakukan perbuatan keji dan menyakiti Muslim lain bukan hanya memukul malah termasuk menulis, memforward sesuatu yang berbentuk fitnah, menghina, mengadu domba dan lain-lain adalah dilarang.
4.Mudahnya orang pada hari ini melakukan dosa besar yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan sesuatu yang mengaibkan peribadi seseorang, mengumpat, memfitnah, mengadu domba di media elektronik dan diviralkan seperti FB, WhatsApp, telegram, tanpa sedikitpun terdetik dihati bahawa apa yang diperkatakan, yang ditulis akan diminta pertanggungjawab dihadapan Allah. Firman Allah:
إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسُۡٔولٗا
“Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati nurani, semua anggota itu tetap akan diminta pertanggungjawabannya (ditanya di akhirat) tentang apa yang dilakukannya.” (Surah Al-Isra 17 ; Ayat 36)
5.Imam al-Khaththabi rahimahullâh berkata, hadis ini bermaksud bahawa kaum muslimin yang paling utama adalah orang yang selain menunaikan hak-hak Allah dengan baik, dia juga dituntut menunaikan hak-hak sesama kaum muslimin dengan baik pula.
6.Muslim yang paling utama ialah yang lisan dan tangannya menyelamatkan dirinya dan Muslim yang lain.
Berusahalah menjadi insan yang baik dan soleh dengan menjaga lisan dan tangan kita.
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Kalimah Mengumpat Umpama Membusukkan Seluruh Air Laut
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم حَسْبُكَ مِنْ صَفِيَّةَ كَذَا وَكَذَا قَالَ غَيْرُ مُسَدَّدٍ تَعْنِي قَصِيرَةً . فَقَالَ " لَقَدْ قُلْتِ كَلِمَةً لَوْ مُزِجَتْ بِمَاءِ الْبَحْرِ لَمَزَجَتْهُ " . قَالَتْ وَحَكَيْتُ لَهُ إِنْسَانًا فَقَالَ " مَا أُحِبُّ أَنِّي حَكَيْتُ إِنْسَانًا وَأَنَّ لِي كَذَا وَكَذَا "
Daripada ‘Aisyah RA dia berkata : Aku berkata kepada Nabi SAW : Cukuplah bagimu dari keburukan Safiyah seperti ini. Berkata sebahagian perawi : Dia (‘Aisyah) mengisyaratkan bahawa Safiyah itu rendah. Baginda bersabda: “Sesungguhnya engkau telah mengucapkan suatu kalimah yang mana jika dicampurkan (kalimah itu) dengan air laut nescaya akan tercampurlah (rosaklah dan bertukarlah) ia.” ‘Aisyah berkata : Aku menceritakan kepada baginda mengenai seseorang, baginda berkata : “Tidaklah aku suka bercerita mengenai seseorang walaupun aku diberi itu dan ini (dari benda-benda keduniaan).” (Sunan Abu Daud No: 4875) Status: Hadis Sahih.
Pengajaran:
1.Mengikut Imam Ghazali, mengumpat itu ialah engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya sekiranya sampai perkara itu kepadanya, sama ada kekurangan pada tubuh badannya, keturunannya, akhlaknya, perbuatannya, perkataannya, agamanya, atau dunianya termasuk pakaiannya, rumahnya atau haiwannya’. (Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, 3/143, Beirut : Dar al-Ma’rifah)
2.Mengumpat boleh terhasil dengan perkataan, penulisan, isyarat, gelaran dan lain-lain, walau sekecil mana pun perkara itu, ia dikira mengumpat.
3.Cukuplah hadis ini menerangkan betapa buruknya mengumpat. Hanya dengan satu perkataan, bahkan dalam hadis di atas ‘Aisyah RA hanya mengisyaratkan sahaja bahawa Safiyah RA itu rendah (pendek), maka ia cukup untuk mengotorkan air laut seluruhnya.
4.Berkata al-Nawawi: Makna ‘tercampurlah ia’ dalam hadis di atas ialah air itu bercampur dengan kalimah itu sehingga bertukar rasanya atau baunya disebabkan buruknya perkataan mengumpat itu.
5.Ramai pengguna laman sosial hari ini sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja menulis seakan gembira mempersenda mana-mana tokoh figura yang tidak digemari tanpa disedari perilaku tersebut sebahagian dari cemuhan dan umpatan yang ditegah agama. Sama ada melalui pelbagai posting juga gambar yang dimuat naik serta yang di tularkan.
6.Moga kelak kita di akhirat, tidak termasuk dari kalangan orang-orang yang berkata:
يَٰحَسۡرَتَىٰ عَلَىٰ مَا فَرَّطتُ فِي جَنۢبِ ٱللَّهِ وَإِن كُنتُ لَمِنَ ٱلسَّخِرِينَ ٥٦
“Sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan” [al-Zumar: 56].
Wednesday, May 25, 2022
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Segera Mohon Maaf
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ كَانَتْ لَهُ مَظْلَمَةٌ لِأَخِيهِ مِنْ عِرْضِهِ أَوْ شَيْءٍ فَلْيَتَحَلَّلْهُ مِنْهُ اليَوْمَ قَبْلَ أَنْ لاَ يَكُونَ دِينَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ إِنْ كَانَ لَهُ عَمَلٌ صَالِحٌ أُخِذَ مِنْهُ بِقَدْرِ مَظْلَمَتِهِ وَإِنْ لَمْ تَكُنْ لَهُ حَسَنَاتٌ أُخِذَ مِنْ سَيِّئَاتِ صَاحِبِهِ فَحُمِلَ عَلَيْهِ
Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa pernah melakukan kesalahan terhadap saudaranya, sama ada yang berkait dengan kehormatannya atau hartanya, hendaklah dia segera meminta dihalalkan kepadanya hari ini (di dunia) sebelum datang suatu hari yang sudah tidak ada lagi dinar dan dirham (hari Kiamat). Ketika itu, jika dia memiliki amalan soleh, amalan solehnya diambil darinya dan diserahkan kepada saudaranya sesuai dengan kadar pelanggaran yang pernah diperbuatnya. Namun, jika dia tidak memiliki amal-amal kebaikan, kesalahan-kesalahan saudaranya itu diambil, lalu dipikulkan kepadanya. (HR Bukhari No: 2282) Status Hadis Sahih.
Pengajaran:
1.Setiap Muslim perlu sentiasa berusaha menghindarkan diri dari melakukan dosa dan maksiat sama ada kepada Allah mahupun sesama manusia lain.
2.Barangsiapa yang pernah melakukan kesalahan terhadap orang lain, sama ada yang berkait dengan kehormatannya atau hartanya, hendaklah dia segera meminta maaf semasa hidup.
3.Jika dosa seseorang terhadap orang lain tidak dimaafkan, dibimbangi ia menjadi hutang yang perlu dibayar dengan pahala amalan solehnya di akhirat nanti.
4.Jika amal kebaikan yang dimiliki telah habis kerana membayar hutang kepada orang lain, maka dosa saudaranya itu akan dipikulkan kepadanya.
5.Ingatlah firman Allah SWT:
ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عِندَ رَبِّكُمْ تَخْتَصِمُونَ
Kemudian, sesungguhnya kamu semua, pada hari kiamat, akan bertengkar berhujah di hadapan Tuhan kamu.(Surah al-Zumar : 31)
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Zubair bin Awwam, dia berkata: Ketika turunnya ayat 31 Surah al-Zumar (di atas), Zubair bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah perkara yang terjadi di antara kita di dunia akan diungkit kembali di samping dosa-dosa peribadi?” Baginda SAW menjawab:
نَعَمْ لَيُكَرَّرَنَّ عَلَيْكُمْ حَتَّى يُؤَدَّى إِلَى كُلِّ ذِي حَقٍّ حَقُّهُ
Ya, benar. Semuanya akan diungkit semula sehingga setiap orang memperoleh hak yang semestinya. (HR: Tirmizi No: 3236)
Imam al-Suyuti ketika mengulas ayat ini berkata: “Orang yang dizalimi menuntut (haknya) daripada orang yang zalim, orang yang dhaif menuntut haknya daripada orang yang menindas, sehinggalah setiap mereka dipulangkan hak-hak mereka. Apabila telah dipulangkan hak masing-masing, maka diperintahkan kepada ahli syurga untuk masuk ke syurga manakala ahli neraka untuk masuk ke dalam neraka.” (Lihat al-Durr al-Manthur fi al-Ta’wil bi al-Ma’thur, 4/16)
Semoga kita tidak memandang mudah dosa yang kita lakukan kepada orang lain semasa di dunia. Jika kita berdosa, maka bersegeralah meminta maaf dan tidak mengulangi lagi.
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Berakhlak Dalam Pertuturan
عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ : اسْتَأْذَنَ رَهْطٌ مِنَ الْيَهُودِ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا : السَّامُ عَلَيْكُمْ فَقَالَتْ عَائِشَةُ : بَلْ عَلَيْكُمُ السَّامُ وَاللَّعْنَةُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَا عَائِشَةُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الرِّفْقَ فِي الْأَمْرِ كُلِّهِ قَالَتْ : أَلَمْ تَسْمَعْ مَا قَالُوا قَالَ : قَدْ قُلْتُ وَعَلَيْكُمْ
Daripada Aisyah RA berkata, sekumpulan orang Yahudi meminta izin untuk bertemu baginda lalu mereka mengucapkan: Assam ‘alaikum (Mati ke atas kamu). Aku (Aisyah) berkata: Ke atas kamu mati dan laknat! Lalu baginda menegur: Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah itu penyantun menyukai kesantunan dalam semua perkara.” ‘Aku (Aisyah) bertanya: Kamu tak dengarkah apa yang mereka sebut? Baginda berkata: Ya, aku sudah jawab Wa a’laikum (ke atas kamu juga).(Sahih Bukhari no: 6927) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.Islam agama rahmah yang mengajar umatnya berakhlak mulia dalam perbuatan, pertuturan mahupun penulisan.
2.Islam mengajar umatnya sentiasa menunjukkan akhlak yang mulia dengan bersikap lunak dan santun kerana Allah itu menyukai kesantunan dalam semua perkara.
3.Rasulullah SAW menegur perbuatan Aisyah RA yang membalas ucapan Yahudi yang memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan Assam ‘alaikum yang membawa maksud buruk iaitu “Mati ke atas kamu”. Aisyah membalas dengan Alaikum sam wa laknatu membawa maksud “Ke atas kamu mati dan laknat!”
4.Islam mengajar kita memelihara tutur kata yang baik-baik dan jangan sampai dipengaruhi oleh syaitan dalam mengeluarkan kata-kata sama ada dalam percakapan mahupun penulisan. Firman Allah:
وَقُل لِّعِبَادِي يَقُولُواْ ٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ يَنزَغُ بَيۡنَهُمۡۚ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ كَانَ لِلۡإِنسَٰنِ عَدُوّٗا مُّبِينٗا
“Dan katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.” (al-Isra: 53).
Kata Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini: “Allah memerintah Rasulullah SAW memberitahu kepada hamba-hamba Allah agar berkata dalam ucapan dan perbincangan mereka ungkapan yang terbaik dan kalimat yang baik. Jika itu tidak dilakukan, syaitan akan menghasut mereka. Maka ucapan itu akan membawa tindak balas, berlaku keburukan, permusuhan dan peperangan.” (Ibn Kathir, 5/87. Mekah: Dar al-Taybah).
5.Seseorang boleh, bahkan disuruh menegur ataupun mengkritik sesuatu perkara yang salah. Namun, Islam mengajar agar kita berdisiplin dalam ucapan dan tulisan kita. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa yang buruk dan kotor.
Orang yang suka memaki orang lain merupakan golongan yang fasik (golongan pendosa). Mereka bukanlah penegak agama sebaliknya untuk memenuhi kehendak nafsu sendiri dan dipengaruhi syaitan.
Monday, May 23, 2022
Sunday, May 22, 2022
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Jauhi Sifat Zalim dan Kikir
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: اتَّقُوا الظُّلْمَ فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَاتَّقُوا الشُّحَّ فَإِنَّ الشُّحَّ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حَمَلَهُمْ عَلَى أَنْ سَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ
Daripada Jabir bin Abdullah RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : Takutilah kamu akan kezaliman, sesungguhnya kezaliman adalah kegelapan di hari Qiamat. Takutilah kamu akan sifat kikir, sesungguhnya sifat kikir telah membinasakan orang-orang sebelum kamu, ia membawa mereka sehingga menumpahkan darah mereka dan menghalalkan kehormatan mereka. (HR. Muslim No : 2578) Status : Hadis Sahih
Pengajaran :
1. Takuti dan jauhilah perbuatan zalim kerana si pelakunya akan berada dalam kegelapan di Hari Qiamat, tanpa petunjuk dari Allah .
2. Kegelapan di Hari Qiamat adalah suatu seksaan yang berat kerana petunjuk dari Allah merupakan satu-satunya penyelamat kita.
3. Sifat (الشح) kikir diertikan perbuatan seseorang menghalang harta orang lain, manakala bakhil pula seseorang menghalang hartanya sendiri.
4. Sifat bakhil berlaku pada harta sahaja, manakala sifat kikir berlaku pada harta dan selain harta seperti khidmat, ketaatan dan sebagainya.
5. Sifat kikir merupakan salah satu perbuatan zalim dan antara penyebab berlakunya kerosakan di muka bumi.
6. Sifat zalim dan kikir akan mendorong seseorang bersifat kejam kepada orang lain sehingga sanggup menghalalkan kehormatan serta menumpahkan darah orang lain.
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Jauhi Sifat Zalim dan Kikir
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: اتَّقُوا الظُّلْمَ فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَاتَّقُوا الشُّحَّ فَإِنَّ الشُّحَّ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حَمَلَهُمْ عَلَى أَنْ سَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ
Daripada Jabir bin Abdullah RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : Takutilah kamu akan kezaliman, sesungguhnya kezaliman adalah kegelapan di hari Qiamat. Takutilah kamu akan sifat kikir, sesungguhnya sifat kikir telah membinasakan orang-orang sebelum kamu, ia membawa mereka sehingga menumpahkan darah mereka dan menghalalkan kehormatan mereka. (HR. Muslim No : 2578) Status : Hadis Sahih
Pengajaran :
1. Takuti dan jauhilah perbuatan zalim kerana si pelakunya akan berada dalam kegelapan di Hari Qiamat, tanpa petunjuk dari Allah .
2. Kegelapan di Hari Qiamat adalah suatu seksaan yang berat kerana petunjuk dari Allah merupakan satu-satunya penyelamat kita.
3. Sifat (الشح) kikir diertikan perbuatan seseorang menghalang harta orang lain, manakala bakhil pula seseorang menghalang hartanya sendiri.
4. Sifat bakhil berlaku pada harta sahaja, manakala sifat kikir berlaku pada harta dan selain harta seperti khidmat, ketaatan dan sebagainya.
5. Sifat kikir merupakan salah satu perbuatan zalim dan antara penyebab berlakunya kerosakan di muka bumi.
6. Sifat zalim dan kikir akan mendorong seseorang bersifat kejam kepada orang lain sehingga sanggup menghalalkan kehormatan serta menumpahkan darah orang lain.
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Jauhi Perbuatan Keji Agar Kasih Sayang Tidak Dicabut
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُنْزَعُ الرَّحْمَةُ إِلَّا مِنْ شَقِيٍّ
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, "Rasa kasih sayang tidak akan dicabut kecuali daripada orang yang celaka (berbuat keji)." (Sunan Tirmizi No: 1923) Dar Kutub Ilmiyyah. Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Allah menganugerahkan sifat kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki
2. Allah akan mencabut sifat kasih sayang daripada seseorang yang melakukan perbuatan keji.
3. Perbuatan keji (seperti memfitnah, mengumpat dan mencela) termasuk segala perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain, akan menghilangkan perasaan kasih sayang kepada orang lain dan akan menjadi penyebab kepada perbuatan yang memutuskan hubungan ukhuwah dan silaturahim.
4. Salman al-Farisi menyatakan: Jika sifat kasih sayang dicabut bermakna sebahagian dari imannya juga akan dicabut maka jika sudah demikian maka dia tidak akan menemui Allah melainkan dalam keadaan telah menjadi syaitan yang dilaknat dan suka melaknat.
Pupuklah sifat kasih sayang dalam diri kita terhadap orang lain secara berterusan agar ia menjadi akhlak terpuji dan mengukuhkan iman kita.
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Manusia Paling Dibenci
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْغَضُ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ
Daripada Aisyah radliallahu 'anha, ia mengatakan; Rasulullah SAW bersabda: "Manusia yang paling dibenci Allah adalah yang keras kepala dan suka membantah (suka bermusuh)" (Sahih Bukhari No: 6765) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Keras kepala adalah sifat yang beriringan dengan sifat sombong, bongkak, takbur dan ego. Kesemua sifat-sifat mazmumah ini amat dibenci oleh Allah SWT dan merupakan sifat Iblis.
2. Iblis menjadi kufur akibat daripada sifat keras kepala dan sombong dengan merasakan dia lebih baik daripada orang lain.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن مسعود عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ
Daripada Abdullah bin Masud RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi daripada kesombongan." (Sahih Muslim No: 133) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih
3. Orang yang suka membantah adalah mereka yang suka bertengkar dan suka menegakkan pendapatnya sendiri walaupun salah. Ia akan menjadikannya seorang yang angkuh dan sombong. Baginya dia sahaja yang betul dan orang lain semuanya salah. Dia sukar untuk berbincang dengan cara baik kerana dia menganggap pendapat orang lain rendah dan pendapatnya sahaja yang baik dan perlu diutamakan. Akhirnya mewujudkan ketidak sefahaman dan permusuhan.
Marilah kita menjauhi sifat keras kepala dan suka membantah.
Wednesday, May 18, 2022
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Berjabat Tangan Mengerat Ukhuwah
عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي مُسْلِمٍ عَبْدِ اللَّهِ الْخُرَاسَانِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَصَافَحُوا يَذْهَبْ الْغِلُّ وَتَهَادَوْا تَحَابُّوا وَتَذْهَبْ الشَّحْنَاءُ
Daripada Atha bin Abu Muslim Abdullah Al-Khurasani berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kalian saling berjabat tangan, dengan begitu akan menghilangkan kebencian, dan hendaklah kalian saling memberi hadiah nescaya kalian akan saling mencintai dan menghilangkan perasaan dendam” (Muwatta No: 1685) Dar Ihya Ulum Arabiyyah. Status: Isnad Hasan
Pengajaran:
1. Berjabat tangan akan melahirkan perasaan kasih, “mengeratkan” ukhuwah Islamiyah diantara sesama muslim
2. Berjabat tangan akan menghilangkan permusuhan dan kedengkian di dalam hati, menghilangkan rasa “al-ghil” (perasaan tidak suka)
3. Berusaha untuk memulai berjabat tangan terlebih dahulu ketika saling bertemu. Rasulullah SAW merupakan orang yang terlebih dahulu memulai berjabat tangan apabila bertemu sahabat
4. Bersalaman merupakan bentuk penghormatan, kita dianjurkan untuk membalas penghormatan dengan cara yang lebih baik daripada penghormatan yang dilakukan oleh saudara kita. Apabila saudara kita mengucapkan salam, maka hendaknya kita balas dengan salam serupa atau yang lebih baik (lebih sempurna) daripada salamnya, dan jika ia menjabat tangan, maka hendaknya kita membalasnya dengan jabatan tangan yang lebih erat dan lebih hangat kepadanya. Dalam sebuah riwayat disebutkan :
عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضيَ اللهُ عَنْهُ، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مِنْ تَمَامِ التَّحِيَّةِ الْأَخْذُ بِالْيَدِ
Daripada Abdullah bin Masud RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Diantara bentuk penghormatan yang paling sempurna adalah berjabat tangan. (Sunan Tirmizi No: 2730) Dar Kutub Ilmiyyah.
5. Saling memberi hadiah akan melahirkan perasaan kasih dan sayang sesama kita. Memberi duit raya kepada kanak-kanak akan melahirkan rasa kegembiraan dan kasih sayang.
6. Saling memberi hadiah menghilangkan perasaan dendam dan marah. Alangkah elok bagi yang muda menziarahi orang tua di musim perayaan dengan memberi hadiah kepada mereka sama ada berbentuk wang ringgit mahupun kuih muih.
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Malaikat Mendoakan Kepada Pendoa
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ
Daripada Abi Darda RA, Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (Sahih Muslim No: 4912) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Antara adab persaudaraan dan menjaga ukhuwah sesama Muslim ialah mendoakan kebaikan kepada sahabat kita.
2. Mereka yang mendoakan sahabatnya ketika berjauhan (tanpa pengetahuannya), malaikat juga akan mendoakan kebaikan yang sama untuknya.
3. Doa seseorang kepada sahabatnya ketika berjauhan tidak akan tertolak. Sepertimana hadis Rasulullah SAW:
دُعَاءُ الأخِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الغَيبِ لايُرَدُّ
"Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya, tidak akan tertolak" (HR Al-Bazzar: 500)
Marilah kita mendoakan sahabat kita dengan kebaikan. Moga malaikat juga mendoakan yang sama untuk kita.
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Mengasihi Muslim Tuntutan Iman
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَيُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Daripada Anas RA, Nabi SAW, bersabda: “Tidak sempurna Iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat kebaikkan seperti apa yang ia sendiri suka mendapatnya”. (HR Bukhari No: 12 ) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Mengasihi sesama Muslim adalah pra syarat kesempurnaan iman seseorang.
2. Menyayangi dan mengasihi saudara Muslim yang lain walau dimana mereka berada, bangsa apapun mereka adalah antara kriteria sifat berukhuwah dan tanda kesempurnaan iman seseorang.
3. Ibn Qayyim menyatakan kasih sayang dalam berukhuwah:
a. Kasih sayang itu adalah sifat memberikan manfaat kepada orang lain
b. Sifat bersusah payah demi memberikan kemudahan kepada sahabat atau menjauhkannya daripada bencana.
4. Dalam kehidupan bermasyarakat, sikap prihatin dan saling mengambil berat terhadap orang lainadalah amat dituntut. Adakah kita memiliki sifat ukhuwah dan sanggup bersusah payah demi mereka?
5. Jangan jadikan perbezaan pemikiran, pandangan dan kumpulan sebagai pemisah antara kita. Banyak titik persamaan yang boleh dicari untuk berada di bawah payung keimanan, toleransi dan berkasih sayang sesama kita.
Mari kita saling membantu agar saudara Muslim kita mendapat kebaikan dan kebahagiaan seperti mana kita juga memperolehinya. Buktikan kesempurnaan iman kita dengan saling berkongsi senang dan susah serta bersifat kasih sayang sesama Muslim. Kemenangan Dirai Silaturrahim Bersemi.
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Hak Muslim Keatas Muslim
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ - رضي الله عنه - قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَشَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ
Daripada Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda: “Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain itu ada enam: (iaitu) apabila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya, apabila dia meminta nasihat kepadamu, nasihatilah dia, apabila dia bersin lalu mengucapkan Alhamdulillah, doakan dia (dengan mengucapkan Yarhamukallah), apabila dia sakit, jenguklah dia, dan apabila dia meninggal, iringilah jenazahnya.” (Sahih Muslim No: 4023) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
Hak muslim sesama Muslim ada enam:
a. Apabila bertemu dengan setiap Muslim hendaklah mengucapkan salam kepadanya.
b. Apabila diundang atau dijemput kenduri seperti perkahwinan, kesyukuran dan lain-lain, hendaklah pergi memenuhi undangan selama tiada keuzuran.
c. Apabila ia meminta nasihat, hendaklah kita memberi nasihat yang diperlukan. (Imam An-Nawawi berkata: Syarat memberi nasihat jika diminta, hanya terbatas pada masalah dunia. Tetapi jika bersangkutan dengan masalah agama, kita wajib memberi nasihat walaupun tidak dipinta).
d. Apabila dia bersin dan bertahmid اَلْحَمْدُ للَّه, maka tasymitkan (doakan) يَرْحَمُكَ الله (semoga Allah mencucuri rahmat keatas kamu).
e. Apabila mereka sakit, ziarahilah mereka untuk bertanya khabar dan mendoakan
f. Apabila mereka meninggal dunia, usahakan untuk menziarahi dan mengiringi jenazahnya hingga ke kubur
Marilah kita tunaikan hak Muslim saudara yang lain.
Monday, May 16, 2022
7 Amalan Sunah di Bulan Syawal yang Bikin Pahala Semakin Berlimpah
2. Menikah di bulan Syawal
Amalan penting di bulan Syawal berikutnya adalah melaksanakan pernikahan. Tentunya kamu tidak asing lagi dengan keistimewaan bulan Syawal yang satu ini, pasalnya sering sekali setelah Hari Raya Idul Fitri banyak umat islam yang melaksanakan pernikahan.
Menikah pada tanggal berapapun dan pada hari apapun di bulan Syawal merupakan suatu kebaikan bagi yang melaksanakannya. Seperti yang dikisahkan dalam hadits muslim dari istri rasul Aisyah RA.
“Rasulullah SAW menikahiku saat bulan Syawal dan mengadakan malam pertama dengan aku di bulan Syawal. Manakah istri beliau yang lebih mendapatkan perhatian selain aku?,”
(HR. Muslim, An Nasa’i)
Jadi menikah di bulan Syawal merupakan salah satu sunah rasul, dimana Nabi Muhammad SAW menikah pada bulan Syawal.
Amalan penting di bulan Syawal ini tentunya harus kamu sesuaikan dengan keadaan saat ini, terutama saat pandemi Covid-19 masih merajalela.
Untuk melangsungkan pernikahan, kamu mungkin tidak perlu mengadakan pesta besar yang mengundang banyak kerumunan.
7 Amalan Sunah di Bulan Syawal yang Bikin Pahala Semakin Berlimpah
1. Puasa 6 hari di bulan Syawal
Seperti yang telah disebutkan sebelumnya, amalan penting di bulan Syawal yang pertama tentunya adalah puasa 6 hari.
Salah satu amalan penting di bulan Syawal ini biasanya dilakukan mulai hari kedua bulan Syawal, karena di hari pertama, yaitu saat Hari Raya Idul Fitri diharamkan untuk melaksanakan ibadah puasa.
Setelah menjalani puasa selama satu bulan penuh pada bulan Ramadan, puasa 6 hari di bulan Syawal ini menjadi pelengkap atau penyempurna amalan pada bulan Ramadan.
Walaupun biasa dilakukan pada hari kedua bulan Syawal, namun banyak juga yang melaksanakan ibadah puasa 6 hari di bulan Syawal ini pada minggu kedua bulan Syawal.
Hal ini disebabkan karena minggu pertama syawal kebanyakan orang masih merayakan Hari Raya Idul Fitri dengan bersilaturahmi ke rumah keluarga maupun teman.
Saat bersilaturahmi ini biasanya disertai dengan makan dan minum dalam rangka lebaran. Keutamaan puasa Syawal terdapat dalam hadits yang diriwayatkan Muslim.
Hadits itu berasal dari Abu Ayyub Al Anshori yang pernah mendengar sabda Nabi Muhammad SAW.
"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh,"
(HR Muslim)
Dengan keutamaan puasa 6 hari di bulan Syawal, tentunya akan sangat merugi bila seorang muslim tidak memanfaatkan salah satu keistimewaan bulan Syawal ini.
Dengan hanya mencukupkan puasa Ramadan dengan puasa 6 hari di bulan Syawal membuat kamu mendapatkan pahala seakan berpuasa setahun penuh.
Maka dari itu, puasa 6 hari di bulan Syawal merupakan salah satu keistimewaan bulan Syawal yang paling besar pahalanya bagi umat islam, walaupun merupakan ibadah sunah.
Melaksanakan puasa 6 hari di bulan Syawal juga merupakan wujud rasa syukur dan memohon ampunan kepada Allah SWT bagi seluruh umat muslim.
Aidilfitri hari kemenangan umat Islam, ketahui kelebihan puasa 6 di bulan Syawal
1. Apakah hukum puasa enam hari di bulan Syawal?
Puasa enam merupakan amalan sunat. Telah berkata Imam An-Nawawi: Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam Syafie bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).
2. Bilakah Puasa enam hari di bulan syawal perlu dilakukan?
Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidilfitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata: Nabi melarang puasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha. [HR Bukhari 1991]
3. Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut atau secara berasingan?
Tidak menjadi kesalahan jika ia dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa menentukan hari-harinya.
Sebaik-baiknya lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT akan memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat). Sudah tentu ia lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredaan Tuhannya.
Istiqamah dan teruskan mencari ganjaran Allah
Dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Rabbaniyyin Laisa Ramadhaniyyin berpesan: Jadilah hamba yang taat sepanjang masa kerana Allah dan jangan hanya menjadi ahli ibadah selama sebulan Ramadan. Ramadan akan berlalu apabila sudah sampai tempohnya sedangkan Allah tetap kekal dan tidak sekali-kali akan lenyap.
Ada disebutkan ungkapan hikmah: Sesiapa yang menyembah Ramadan, maka sesungguhnya Ramadan telah berlalu dan sesiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Hidup dan tidak akan mati.
Fasa selepas Ramadan adalah pembuktian sama ada matlamat tarbiah atau pendidikan sepanjang bulan itu tercapai atau sebaliknya. Jika amalan dan tingkah laku yang dipamerkan sebagaimana berlaku dalam Ramadan bermakna kita berjaya dengan tarbiahnya.
Jika natijah adalah sebaliknya, ia bermakna kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi. Momentum kebaikan yang dilatih selama sebulan itu perlulah diteruskan. Bagi mengekalkan momentum tersebut, kita perlulah berusaha dengan meminta pertolongan dari Allah seperti di dalam hadis Baginda Rasulullah:
Rasulullah memegang tanganku (Mu'adz) lalu bersabda: Wahai Mu'adz, demi Allah aku mencintaimu. Kemudian baginda bersabda lagi: Aku wasiatkan kepadamu wahai Mu'adz, janganlah engkau tinggalkan setiap selesai solat untuk mengucapkan, ALLAAHUMMA A'INNII 'ALAA DZIKRIKA WA SYUKRIKA WA HUSNI 'IBAADATIK (Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir dan bersyukur kepadaMu serta beribadah kepadaMu dengan baik).
Hanya dengan bantuan serta taufik daripada Allah kita dapat melakukan setiap amalan dengan baik.
Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang hanya beribadah pada waktu tertentu sahaja dan apabila keluar daripada waktu tersebut kita mula mengikut hawa nafsu dan menjadi syaitan laknatullah sebagai ikutan.
Thursday, May 12, 2022
Wednesday, May 11, 2022
Tuesday, May 10, 2022
RENUNGNAN
Assᴀʟᴀᴍᴜᴀʟᴀɪᴋᴜᴍ ᴡʙᴛ.
Kᴇᴘᴀᴅᴀ sᴇsɪᴀᴘᴀ ʏɢ ᴍᴇɴᴇʀɪᴍᴀ ᴠɪʀᴀʟ ɪɴɪ ʙᴀᴄᴀʟᴀʜ .. ...ᴊɪᴋᴀ ᴛᴀᴋ ʙᴇʀᴋᴇsᴇᴍᴘᴀᴛᴀɴ sᴋʀɢ, ᴄᴀʀɪ ʟᴀ ᴍᴀsᴀ ʏɢ sᴇsᴜᴀɪ ᴜᴛᴋ ʙᴀᴄᴀ sᴇᴍᴏɢᴀ ᴀᴅᴀ ᴍᴀɴғᴀᴀᴛɴʏᴀ
Uᴛᴋ Sᴜᴀᴍɪ, ɪsᴛᴇʀɪ, Sʜʙᴛ2... Jɪʀᴀɴ2... ᴀᴅɪᴋ ʙᴇʀᴀᴅɪᴋ... ᴅᴀɴ ᴀɴᴀᴋ2 ʏɢ ᴅɪᴋᴀsᴇʜɪ....
PERINGATAN KEPADA DIRI YANG LUPA TERMASUKLAH SAYA
Bᴀᴄᴀʟᴀʜ ᴘᴇsᴀɴᴀɴ ɪɴ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴍᴀᴛᴀ ᴅᴀɴ ʜᴀᴛɪ
Jᴀʜᴀᴛ ᴀᴛᴀᴜ ʙᴀɪᴋ ᴋɪᴛᴀ..
sᴏʟᴀᴛ ᴊᴀɴɢᴀɴ ᴅɪᴛɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ.
Sᴏʟᴀᴛ ʙᴜᴋᴀɴ sᴇʙᴀʙ ᴋɪᴛᴀ ʙᴀɪᴋ.
Sᴏʟᴀᴛ sᴇʙᴀʙ ᴘᴇʀɪɴᴛᴀʜ Aʟʟᴀʜ.
Sᴏʟᴀᴛ ᴋɪᴛᴀ ᴀᴅᴀʟᴀʜ ʟᴀᴍʙᴀɴɢ ᴋᴇʜɪᴅᴜᴘᴀɴ ᴋɪᴛᴀ...
Sᴏʟᴀᴛ ʟᴀʜ ...Kᴇʀᴀɴᴀ Aʟʟᴀʜ ᴍᴇɴᴊᴀɴᴊɪᴋᴀɴ Rᴀʜᴍᴀᴛ, ᴋᴇʙᴀʜᴀɢɪᴀᴀɴ, ᴋᴇʙᴇʀᴋᴀᴛᴀɴ ʜɪᴅᴜᴘ & ʀᴇᴢᴇᴋɪ...
NABI sᴀᴡ ᴛɪᴅᴀᴋ ᴋᴀɢᴜᴍ ᴅɢɴ ᴘᴀɴɢᴋᴀᴛ & ᴋᴇᴋᴀʏᴀᴀɴ ᴍᴀɴᴜsɪᴀ.
Jɪᴋᴀ ᴛɪᴅᴀᴋ, sᴜᴅᴀʜ ᴘᴀsᴛɪ ɢᴜɴᴜɴɢ ʏɢ ʜᴇɴᴅᴀᴋ ᴅɪᴛᴜᴋᴀʀᴋᴀɴ ᴋᴘᴅ ᴇᴍᴀs ᴛɪᴅᴀᴋ ᴅɪᴛᴏʟᴀᴋ ᴏʟᴇʜ BAGINDA...
Oʀᴀɴɢ ʙᴇᴋᴇʀᴊᴀ sᴇʀᴏɴᴏᴋ ᴋᴀʟᴀᴜ ᴅᴀᴘᴀᴛ ʙᴏɴᴜs. Iᴛᴜ ᴍᴀsᴀ ʜɪᴅᴜᴘ....
Kᴀʟᴀᴜ ᴅᴀʜ ᴍᴀᴛɪ...
Dᴀᴘᴀᴛ ᴀɴᴀᴋ ᴛᴀᴋ ᴛɪɴɢɢᴀʟ sᴏʟᴀᴛ ɪᴛᴜ ʙᴏɴᴜs..
Dᴀᴘᴀᴛ ᴀɴᴀᴋ ʏɢ ᴘᴀɴᴅᴀɪ Aʟ Qᴜʀᴀɴ ɪᴛᴜ ʙᴏɴᴜs...
Sᴇᴅᴇᴋᴀʜ ᴍᴀsᴀ ʜɪᴅᴜᴘ ɪᴛᴜ ʙᴏɴᴜs...
Iʟᴍᴜ ʏɢ ᴅɪ ᴋᴏɴɢsɪ ɪᴛᴜ ʙᴏɴᴜs...
Sᴇʜᴇʙᴀᴛ ᴍᴀɴᴀ ᴘᴜɴ ᴋɪᴛᴀ...ᴋɪᴛᴀ ᴛᴇᴛᴀᴘ ᴀᴋᴀɴ ᴍᴀᴛɪ....
Sᴇʜɪɴᴀ ᴍᴀɴᴀ ᴘᴜɴ ᴋɪᴛᴀ...ᴋɪᴛᴀ ᴛᴇᴛᴀᴘ ᴀᴋᴀɴ ᴍᴀᴛɪ...
Tᴀᴋᴜᴛ ᴍᴄᴍ ᴍᴀɴᴀ ᴘᴜɴ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴍᴀᴛɪ...ᴛᴇᴛᴀᴘ ᴀᴋᴀɴ ᴍᴀᴛɪ...
Bᴇʀᴀɴɪ ᴍᴄᴍ ᴍᴀɴᴀ ᴘᴜɴ ...ᴛᴇᴛᴀᴘ ᴀᴋᴀɴ ᴍᴀᴛɪ
Sᴀʏᴀɴɢ Mᴀᴄᴀᴍ ᴍᴀɴᴀ ᴘᴜɴ ᴋɪᴛᴀ ᴅᴇɴɢᴀɴ Kᴇʜɪᴅᴜᴘᴀɴ Iɴɪ...ᴛᴇᴛᴀᴘ ᴀᴋᴀɴ ᴍᴀᴛɪ...
Hᴀᴋɪᴋᴀᴛ ʜɪᴅᴜᴘ ᴅɪ ᴅᴜɴɪᴀ Iɴɪ ᴀᴅᴀʟᴀʜ ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ ᴅɪ ᴀᴋʜɪʀɴʏᴀ....
Mᴀᴛɪ ɪᴛᴜ ᴘᴀsᴛɪ...
Sᴀᴋᴀʀᴀᴛᴜʟ ᴍᴀᴜᴛ ɪᴛᴜ ᴘᴀsᴛɪ...
Aʟᴀᴍ ʙᴀʀᴢᴀᴋʜ ɪᴛᴜ ᴘᴀsᴛɪ...
Iɴɢᴀᴛ ᴍᴀᴛɪ ...
Rᴇɴᴜɴɢᴋᴀɴ Sᴀᴀᴛ sᴇɴᴅɪʀɪᴀɴ sᴇᴛᴇʟᴀʜ ᴍᴀᴛɪ. Lᴇɴʏᴀᴘʟᴀʜ sᴀɴɢᴋᴀᴀɴ ʙᴜʀᴜᴋ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ sᴇsɪᴀᴘᴀ ᴘᴜɴ....
Kɪᴛᴀ ᴛᴀᴋ ʙᴀᴡᴀ sᴇɢᴜɴᴜɴɢ ʜᴀʀᴛᴀ sᴇᴛᴇʟᴀʜ ᴍᴀᴛɪ.
Kɪᴛᴀ ᴛᴀᴋ ʙᴀᴡᴀ sɪᴊɪʟ ᴛᴇʀᴛɪɴɢɢɪ ʏɢ ᴋɪᴛᴀ Aᴅᴀ. Kɪᴛᴀ ʜᴀɴʏᴀ ᴍᴇɴɢʜᴀʀᴀᴘ Rᴀʜᴍᴀᴛ Aʟʟᴀʜ Tᴜʜᴀɴ sᴇᴋᴇʟɪᴀɴ ᴀʟᴀᴍ.....
Tᴇʀᴜsʟᴀʜ ᴍᴇʟᴀɴɢᴋᴀʜ,
sᴇʟᴀᴍᴀ ᴇɴɢᴋᴀᴜ
ᴅɪ ᴊᴀʟᴀɴ ʏᴀɴɢ ʙᴀɪᴋᴋ
Mᴇsᴋɪ ᴛᴇʀᴋᴀᴅᴀɴɢ ᴋᴇʙᴀɪᴋᴀɴ
ᴛɪᴅᴀᴋ sᴇɴᴛɪᴀsᴀ ᴅɪʜᴀʀɢᴀɪ
Jᴀɴɢᴀɴ ᴍᴇɴᴊᴇʟᴀsᴋᴀɴ ᴛᴇɴᴛᴀɴɢ
ᴅɪʀɪᴍᴜ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ sɪᴀᴘᴀ ᴘᴜɴ
ᴋᴇʀᴀɴᴀ ʏᴀɴɢ ᴍᴇɴʏᴜᴋᴀɪᴍᴜ ᴛɪᴅᴀᴋ
ᴘᴇʀʟᴜ ᴛᴀʜᴜ ᴛᴇɴᴛᴀɴɢ sᴇᴍᴜᴀ
ᴋᴇʙᴀɪᴋᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴋᴀᴍᴜ ʟᴀᴋᴜᴋᴀɴ
Dᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴍᴇᴍʙᴇɴᴄɪᴍᴜ ᴛɪᴅᴀᴋ
ᴘᴇʀᴄᴀʏᴀ ᴛᴇɴᴛᴀɴɢ ᴋᴇʙᴀɪᴋᴀɴ
ʏᴀɴɢ ᴍᴀsɪʜ ᴀᴅᴀ ᴘᴀᴅᴀ ᴅɪʀɪᴍᴜ
Hɪᴅᴜᴘ ʙᴜᴋᴀɴ ᴛᴇɴᴛᴀɴɢ sɪᴀᴘᴀ ʏᴀɴɢ ᴛᴇʀʙᴀɪᴋᴋ
ᴛᴀᴘɪ ᴛᴇɴᴛᴀɴɢ sɪᴀᴘᴀ ʏᴀɴɢ ᴍᴀʜᴜ ʙᴇʀʙᴜᴀᴛ ʙᴀɪᴋᴋ ᴅᴀɴ sᴇɴᴛɪᴀsᴀ ᴍᴇᴍᴘᴇʀʙᴀɪᴋɪ ᴅɪʀɪ
Hᴀʀɪ ɪɴɪ ᴅᴀɴ sᴇᴍᴀʟᴀᴍ
ᴀᴅᴀʟᴀʜ ʜᴀʀɪ ʏᴀɴɢ ʙᴇʀʙᴇᴢᴀ
Pɪɴᴛᴜ ᴛᴀᴜʙᴀᴛ sᴇɴᴛɪᴀsᴀ ᴛᴇʀʙᴜᴋᴀ
ᴜɴᴛᴜᴋ ʜᴀᴍʙᴀ-ʜᴀᴍʙᴀNʏᴀ
KITA BUKAN SIAPA-SIAPA
UNTUK MENILAI SIAPA-SIAPA
PADA AKHIRNYA SEMUA BERAKHIR "SAMA..."
SAAT USIA 50- ᴀɴ.... "CANTIK DAN HODOH, SAMA SAJA..". (ᴛᴀᴋ ᴘᴇᴅᴜʟɪ sᴇʙᴇʀᴀᴘᴀ ᴄᴀɴᴛɪᴋɴʏᴀ ᴋᴀᴍᴜ, ᴅɪ ᴜsɪᴀ ɪᴛᴜ ᴋᴇᴅᴜᴛᴀɴ, ᴅᴀʀᴋsᴘᴏᴛ, ᴋᴜʟɪᴛ ᴋᴇɴᴅᴜʀ, ᴛᴀᴋ ʙᴏʟᴇʜ ʟᴀɢɪ ᴛᴇʀᴜs ᴋᴀᴍᴜ sᴇᴍʙᴜɴʏɪᴋᴀɴ ᴅᴇɴɢᴀɴ ɢɪɴᴄᴜ ᴅᴀɴ ʙᴇᴅᴀᴋᴍᴜ...
SAAT USIA 60-ᴀɴ... "PENDIDIKAN TINGGI DAN PENDIDIKAN RENDAH, KEDUDUKAN TINGGI DAN KEDUDUKAN RENDAH, SAMA SAJA..". (Sᴇᴛᴇʟᴀʜ sᴇᴍᴜᴀ ʙᴇʀsᴀʀᴀ, ᴛᴀᴋ ᴀᴅᴀ ʟᴀɢɪ ʙᴏss ᴀᴛᴀᴜ ʙᴀᴡᴀʜᴀɴ..)
SAAT USIA 70- ᴀɴ... "RUMAH BESAR DAN RUMAH KECIL, SAMA SAJA..".(Tᴜʟᴀɴɢ sᴇɴᴅɪ, ʟᴜᴛᴜᴛ ᴅᴀɴ ᴋᴀᴋɪᴍᴜ sᴜᴅᴀʜ ᴍᴜʟᴀɪ ʟᴏɴɢɢᴀʀ, sᴇᴍᴀᴋɪɴ sᴜʟɪᴛ ᴜɴᴛᴜᴋ ʙᴇʀɢᴇʀᴀᴋ.. sᴇᴋᴀʀᴀɴɢ ᴋᴀᴍᴜ ᴄᴜᴍᴀ ᴘᴇʀʟᴜ ʀᴜᴀɴɢ ᴋᴇᴄɪʟ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴅɪ-ᴅɪᴀᴍɪ.. ).
SAAT USIA 80- ᴀɴ...(ɪᴛᴜᴘᴜɴ ᴋᴀʟᴀᴜ ᴍᴀsɪʜ ʜɪᴅᴜᴘ)
(PUNYA DUIT DAN TIDAK PUNYA DUIT, SAMA SAJA.." sᴀᴀᴛ ɪᴛᴜ ᴅᴜɪᴛᴍᴜ ᴛᴀᴋ ʟᴀɢɪ ʙᴏʟᴇʜ ᴍᴇᴍʙᴇʟɪ sᴛᴇᴀᴋ ʏᴀɴɢ ᴇɴᴀᴋ ʟᴀᴢᴀᴛ, ɢᴜʟᴀɪ, ʀᴇɴᴅᴀɴɢ ᴅᴀɴ ʟᴀɪɴ2 ᴋᴇʀᴀɴᴀ ᴛᴜʙᴜʜᴍᴜ ᴛᴀᴋ ʟᴀɢɪ ʙᴏʟᴇʜ ᴅɪᴍᴀsᴜᴋɪ ʙᴀɴʏᴀᴋ ᴍᴀᴋᴀɴᴀɴ, ʟɪᴅᴀʜᴍᴜ sᴜᴅᴀʜ ᴛᴀᴋ ᴘᴜɴʏᴀ ʀᴀsᴀ,
ᴅᴀɴ ᴋᴀᴍᴜ ᴛᴀᴋ ʙᴇʀᴅᴀʏᴀ ʟᴀɢɪ ᴋᴇ-ᴛᴇᴍᴘᴀᴛ ᴅɪ ᴍᴀɴᴀ ᴋᴀᴍᴜ ʙᴏʟᴇʜ ᴍᴇɴɢʜᴀʙɪsᴋᴀɴ ᴅᴜɪᴛᴍᴜ).
SAAT USIA 90- ᴀɴ... "TIDUR DAN BANGUN, SAMA SAJA", (ᴋᴇʀᴀɴᴀ sᴇᴛᴇʟᴀʜ ʙᴀɴɢᴜɴ, ᴋᴀᴍᴜ ᴛᴇᴛᴀᴘ ᴛɪᴅᴀᴋ ᴛᴀʜᴜ ᴀᴘᴀ ʏᴀɴɢ ᴀᴋᴀɴ ᴋᴀᴍᴜ ʟᴀᴋᴜᴋᴀɴ )
SAAT AJALMU TIBA.... "KAYA DAN MISKIN, SAMA SAJA". Kᴀᴍᴜ ʜᴀɴʏᴀ ᴀᴋᴀɴ ᴅɪ-ʙᴀʟᴜᴛɪ ᴋᴀɪɴ ᴋᴀғᴀɴ ᴅᴀɴ ᴅɪᴍᴀsᴜᴋᴋᴀɴ ᴋᴇ ᴅᴀʟᴀᴍ ᴛᴀɴᴀʜ ʏᴀɴɢ ᴜᴋᴜʀᴀɴɴʏᴀ sᴀᴍᴀ, ᴏʀᴀɴɢ2 ᴀᴋᴀɴ ᴍᴇɴᴀɴɢɪsɪ ᴋᴀᴍᴜ ᴋᴇᴍᴜᴅɪᴀɴ ᴍᴇʟᴜᴘᴀᴋᴀɴᴍᴜ, ᴋᴇʀᴀɴᴀ ᴍᴇʀᴇᴋᴀ ᴀᴋᴀɴ ᴍᴇɴᴇʀᴜsᴋᴀɴ ᴋᴇʜɪᴅᴜᴘᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴅɪᴘᴇɴᴜʜɪ ᴏʟᴇʜ ᴘᴇʀsᴏᴀʟᴀɴ ʜɪᴅᴜᴘ ᴍᴀsɪɴɢ2.
Oʟᴇʜ ᴋᴇʀᴀɴᴀ ɪᴛᴜ, sᴇᴍᴀsᴀ ʜɪᴅᴜᴘ, ᴊᴀɴɢᴀɴ ᴛᴇʀʟᴀʟᴜ ᴛɪɴɢɢɪ ʜᴀᴛɪ ᴀᴛᴀs ᴀᴘᴀ ʏᴀɴɢ ᴋɪᴛᴀ MILIKI, ᴋᴇʀᴀɴᴀ ᴋɪᴛᴀ ᴀᴋᴀɴ ʙᴇʀᴀᴋʜɪʀ SAMA.. JANGAN Tᴇʀʟᴀʟᴜ Kᴇʀᴀs ᴍᴇɴᴄᴀʀɪ ᴅᴜɪᴛ sᴀᴍᴘᴀɪ ʟᴜᴘᴀ ᴀᴍᴀʟ ɪʙᴀᴅᴀʜ ʙᴇᴋᴀʟ ᴀᴋʜɪʀᴀᴛ ɴᴀɴᴛɪ, ᴋᴇʀᴀɴᴀ PADA AKHIRNYA ᴋᴀᴍᴜ ᴛᴀᴋ ᴍᴇᴍɪʟɪᴋɪ APA2...
"ᴋᴇᴄᴜᴀʟɪ Aᴍᴀʟ Kᴇʙᴀɪᴋᴀɴ Dᴀɴ Iʙᴀᴅᴀʜ
Yᴀɴɢ ᴀᴋᴀɴ ᴅɪ ʙᴀᴡᴀ Dɪ Aᴋʜɪʀ Cᴇʀɪᴛᴀ... "
Sʜᴀʀɪɴɢ ɪs ᴊᴀʀɪᴀʜ..