Friday, April 16, 2021

SELAMAT DATANG KE ZON AL-TAQWA


💕 ZON AL TAQWA 💕


  السلام عليكم ورحمة الله وباركاته


Zon Al-Taqwa terdiri daripada Unit BSAT dan Unit Keusahawan & Pembangunan Asnaf

Unit Keusahawan & Pembangunan Asnaf,Peningkatan asnaf tidak dapat diatasi walaupun pelbagai bantuan yang telah diberikan. Ini adalah kerana sikap kebergantungan yang sukar diubah. Transformasi berterusan harus dilakukan kepada golongan asnaf terutama di kalangan isi keluarga agar mampu membawa keluarga tersebut keluar dari kepompong kemiskinan pada masa hadapan.

Kecermalangan akademik dan keunggulan sahsiah pelajar merupakan asas ke arah membangunkan modal insan yang akan mengisi pembangunan negara, seiring dengan kemajuan pesat era globalisasi dan teknologi komunikasi dan maklumat [ICT];

Persiapan menyediakan generasi muda untuk masa hadapan merupakan agenda penting yang menentukan hala tuju dan pencapaian matlamat pembangunan agama, bangsa dan negara. Justeru, penguasaan ilmu pengetahuan dan keunggulan sahsiah/akhlak merupakan teras yang perlu dititik beratkan agar mampu melahirkan individu dan masyarakat yang berkualiti.

Dalam usaha untuk memastikan jiwa asnaf yang dibantu terus hidup, pihak MAIM dari masa ke semasa telah merancang beberapa program yang bertujuan untuk meningkatkan jati diri dan semangat para asnaf untuk berjaya. Program yang direncanakan adalah merangkumi bidang sosial, pendidikan, kerohanian, kekeluargaan dan budaya hidup cemerlang. Antara program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

01 Program motivasi perdana anak-anak asnaf

02 Program forum peningkatan ekonomi asnaf

03 Program khemah ibadah kepada anak asnaf kelas peperiksaan

04 Program anugerah pelajar cemerlang peperiksaan bagi anak asnaf

05 Program kemahiran keibubapaan kepada keluarga asnaf

06 Program pendedahan kemahiran asas perniagaan asnaf gharimin

07 Kursus, latihan kemahiran dan keusahawanan asnaf bersama pihak Jobs Malaysia dan Kolej Komuniti

08 Program perniagaan Bazar Ekspo Maulidur Rasul

09 Kursus penekaan kemahiran menjawab peperiksaan

10 Kursus halatuju lepasan SPM anak-anak asnaf

11 Program pengimarahan bulan Ramadhan

12 Program ziarah dan Singgah Sahur

13 Program kerohanian di rumah-rumah asnaf milik MAIM

Selain itu, MAIM juga mempunyai beberapa unit rumah yang berfungsi sebagai penempatan sementara kepada mereka yang memerlukan. Rumah-rumah ini disewakan pada kadar yang sangat rendah dan mampu dibayar oleh asnaf yang ada di negeri ini. Antara Rumah Asnaf yang dimiliki oleh MAIM adalah seperti berikut:

 

NO.

RUMAH ASNAF

1.

Rumah Pangsa Al-Ehsan, Tengkera [40 unit]

2. 

Pangsapuri Padang Jambu [26 Unit]

3. 

Rumah Pangsa Pantai Peringgit [20 Unit]

4. 

Rumah Pangsa Taman Murai Jaya, Durian Tunggal [30 Unit]

5. 

Rumah Rimbunan Kaseh, Serkam [100 Unit]

BSAT banyak menjalankan program-program yang melibatkan masyarakat serta hubungan rapat dengan komuniti.

Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM telah ditubuhkan pada bulan Jun 2002 di bawah pengawalan dan pentadbiran Majlis Agama Islam Melaka yang berlandaskan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Melaka 2002.

BSAT telah melantik ahli sukarelawan dalam kalangan masyarakat setempat dalam memainkan peranan sebagai agen bagi membentuk amalan sihat di kalangan masyarakat

Ahli sukarelawan BSAT seramai 60 orang yang aktif dan terdiri daripada pesara dan ibu tunggal

Bsat telah melantik Sahabat Sukarelawan BSAT pada 27 Februari 2020 iaitu
  • Ikatan Mahasiswa Anak Melaka Mesir (IMAMM)
  • Bridged Sukarelaan Kolej Komuniti Melaka (BriSK)
  • Institut Latihan Perindustrian (ILP Bukit Katil)
  • Persatuan Wanita Prihatin Melaka (PRIHATIN)